Baby+ Iftar 2016
Tuesday, June 21, 2016
Assalammualaikum
Current mood : lapar (puasa ahahahaha)
Songs : Sejarah Mungkin Berulang - Newboyz
Just random post saja .
Saje nak update . hahaha kene biasakan update macam selalu . hihihi .
Okay, nak cerita apa yer ?
hihi.
Sekarang kan tengah cuti sem .
Tapi aku rasa macam sekejap untuk 6minggu .
padahal masa sem 1 tu lagi laa , cuti sem sampai 3bulan .hahaha
how can i survive masaaa tu hahahaha .
Masa duk stress2 akhir2 sem 2 haritu , masa duk final tu .
Duluu masa sekolah , aku akan siap deactive facebook la , tahan 2 minggu tak sentuh game lansung la apa lah .
Tapi bila dah masuk belajar lebih up ni .
Takdeknya dah benda2 tu .
Lagi kerap adalah .
Hahahah. esok killer paper , aku bantai laa main game kat laptop untuk berejam .
Kadang2 rasa macam bersalah juga.
Patutnya kene study . tapikenapa aku nak sangat main game masa tu ?
lol. mestila sebab aku tertekan , bila aku tertekan , aku akan rasa macam nakkkkkkk sangat kene main game . huhu .
Bak kata pepatah capital N
"Takper Mai , kau dah habis study , sebab tu boleh main"
hahaha. penyedap hati betul laa ketika itu. hahahahax
Memang masa tu , aku dah macma berniat
"yes , habis final aku dah boleh terus main game macam2 game dengan penuh tenangnya , tanpa ada rasa bersalah (kerja tak siap lagi ke apa ke) tak sabar nya . hahaha "
So , memang balik2 rumah utk cuti sem , aku just punggah barang aku ,and terus pergi menuju ke arah kotak hitam (ps3)
aku nak main game farcry4 balik .
ttbe ada farcry3 hahahaha.
memang aku try jela main farcry3 tu dulu . sbb aku tup2 terus duk main farcry 4 .
Bila duk main tu , aku teringat masa sem 1 .
Masa sem 1 bulan puasa juga , aku duk bantai main farcry 4 .
kali ni ,bulan puasa aku main farcry3 . huhuhu.
okay whatever.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Baru haritu , last post , aku ada cerita yang aku rindukan Ray dan Baby . hhihihi .
dah setahun tak ketemu sama merekaaaa . hahaha .
okay nahh lihat .
ttbe ada gambar BabyBajetDiva ni . hahahaha
Ehhhhh ????
Macam mana ada Baby ni balik ? hahahax
Nak diceritakan , sebenarnya .
Hari Khamis lepas , bertarikhkan 16/6/2016 yang mana aku baru perasan yang tarikh tu agak cantik dan mudah untuk diingati .
aku pergi ke rumah Tuan Rumah yang aku bagi Baby untuk dijagakan masa aku baru start belajar haritu .
Niat asalnya sekadar nak datang jenguk baby . apa khabar ? hahahaha xD
Soooo,unexpected things happend, macam biasa .
Tiba2 Akak tu beserta Ibunya , cakap dekat aku
"bawalah dia balik."
aku pun segan laaa . Aku rasa hampir 10 kali aku cakap "takper takper takper" gituu.
Last2 , akak tu bawalah Sangkar kedepan , aku pun takboleh nak cakap apa dahlah . hahahahahaha .
Masa tuuu , siap ada anak kucing comel sangat . Hitam Putih tompok2 gitu hihi .
Acik tu cakap "haaa, tuu ikut balik rumah sana"
hahaha muka Meow tuu innocent gile. geram gileeee wehh hahahahaaha !
Balik2 rumah je , memang satu keluarga aku duk tertanya2 .
ada yang tanya "ni siapa ni ?"
bila aku cakap Baby , macam ada yang tak percaya. hahaha
well , masa mula2 aku jumpa haritu pun memang terkezut sebab badan dia makin membesar dan memanjang (boleh usha gambar ketiga tu , dia duk berdiri macam apa dah)
Pastu makin gebuuu. ohmaiii . hahaahahaha.
okay tutup cerita pasal tu .
Taknak cerita lelebih
Sebab full HD dia ada dekat blog lagi satu . (ehhhhh :p) hahahaha
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dekat rumah , ada lah juga buat kuih raya .
Tapi buat yang simple2 je .
Cornflakes memang paling kene buat agak banyak laa hahahaha .
Sekarang dah tak macam dulu2 .
Boleh buat macam2 kuih .
Sekarang walaupun Ibu dah pencen, Ibu kene settlekan Baju2 Raya dan Baju2 masa kenduri Kakak aku upcoming nnty . hahaha
Kuih sarang semut.
Dulu masa kecik2 , ni laa kuih ranking pertama dalam fav kuih aku .
taktahu kenapa sekarang dah kurengg wahahahaha
Hmmm potong kecik2 cherry nya.
Untuk letak kat atas kuih semprit atau orang ada cakap kuih dahlia ke pebenda tah.
aku panggil semprit je hahahahaha .
Abaikan segala benda2 yang tak dikehendaki dalam gmbar tu .wahahhaa
kat situlaa ada bekas benang , kat situ laa ada pisau dan sewaktu dengannya. hahahahaha
okay whatever !
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
As usual , everyyear , setiap kali Ramadhan , akan cuba untuk keluar berbuka bersama keluarga yang terchentaaa hahaha.
Walaupun masing2 dah duk jauh2 .
Ada kat Penang , ada kat Setia Alam , ada kat Johor , ada kat Melaka .
We will try our best untuk balik kampung halaman untuk berbuka bersama . hahaha .
Dalam banyak2 tempat . aku memang suka berbuka dekat RoyaleBintang kat Seremban .
Memang mahal . Satu kepala RM98 tak silap aku .
Tapi pilihan makanan dia banyak and sedap .
Tapi untuk tahun ni , aku agak kecewa sebab makanan fav aku xbanyak ada.
Aku ingat lagi masa 2 tahun lepas makan kat tempat yang sama .
Dia ada sediakan menu udang masak sambal tak silap aku
Udang semua besar2.
memang satu pinggan besar tu aku isi dengan udang semata2. hahah
meratahh weh xD
tapi kali ni , sotong pun masak kunyitt je T_T wuwuwuwu.
sedeh sebab tak banyak menu kegemaran aku hahahaha
My family . hahaha .
Muka kemain flawless katakaww.
Pakai S7 Edge Abah .
tak silap aku kalau S S S ni dia macam ada Auto Beauty .
tak silap laa.
tu kemain flawless hahahahahahahaha
xD
Ni jelaaa menu aku makan untuk berbuka.
cehhh . tak .
gambar ni tipu je.
senanye ada lagi hahahaha.
makanan selebehnya tu , aku ambil kemudian .
Air aku memang akan amik dua cawan hahaha.
Kalau kat kenduri pun sama . aku mesti amik dua cawan .
1. sebab malas nak pergi refil nak kene bersesak2 dengan makcik pakcik . hahaha
2. Cawan kenduri atau apa2 ni , selalunya cawan dia kecik/pendek . so aku minum kejap je dah habis. hahaha
gituuu laa ceritanya. hahahahaha
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lepas makan , memang akan amik gambarrr laaa . hahahahaha
Banyak2 gambar , biarlah tersimpan baik dalam aku punya phone.
Dulu , bolehlah rajin nak tunjuk hampir semua gambar yang ada dekat blog. hahaha
sekarang , kene limitkan .
Sebab aku tahu ,
kawan2 aku ni , ramai yang agak konghajau perangainya.
suka rembat gambar and buat bahan dekat group ws or wc. hahaha.
paling tak gemar kelakuan begitu .
CANDID.
masa ni taktahulah apa yang gembira sangat. hahahaha .
Tapi saya suka tengok saya seCeria seperti dalam gmbar wahahahahahaha .
k
Masa ni berjalan nak balik dah .
Tapi alahhh , ttbe ternampak satu cermin besar pulakk an .
So aku pun berhenti , keluarkan phone dan yang lain pun join the club. hahahaha
xD
gini la jadinya . hahaha
#ootd pada hari tersebut.
hmmmm.
maaflah , sesekali aku pun nak gak fe feeling jadi 'model' yang tak berapa nak model ni.huhuu yelaaa pendek dan 'comel' orangnya. mana sesuai . hahahaha.
actually semangat nak ootd masa tu sebab for the firstime aku pakai ankle boot sampai 3 inci . hahahaha
kekok jadinya. hahaha
kau tengokk , dah pakai boot pun still nampak pendek. kalau aku xpakai atau pakai kasut flat je ?
entah camne laa jadinya hahahaha .
sebenarnyaaaaa . aku taknak pun pakai shawl bunga2 tu . tapi sebab seluar dan blouse dah plain . tudung mstilah seeloknya kene bercorak. hahahahaha.
so . terpaksaaalaaaa . hahahaha
hmmm.
Ini part lawaknya. hahaha.
ttbe Hidayah Haridz komen kat gambar aku keluar tengok wayang dengan adik beradik yang lain paginyaa tu .
"Warna warni" hahaha
*emoji gelak + nangis*
memang pagi tu adik beradik aku bahan aku .
Pasal shawl yang aku pakai tu dengan shawl bunga2 macma gambar kat atas tu . hahaha
"Barulah nampak hang"
kakak aku sorang tu siap cakap lagi
"Harini nak selfie dengan dikmai laa sebab harini dia macam menyerlah sikit"
cisss konghajauu . hahahaha
tapi masih awkward laa pakai corak2 atau warna yang cerah2 ni.
Masih dalam 'sesi pembelajaran' hhahaha
kalau boleh , nak aja aku pakai serba hitam dari atas sampai bawah dekat KUIM tu haaa
tapi sebab aku pk , nak kene berjalan jauh , dengan cuaca sekarang asyik terik , dengan aircond kat FST tu macam bukan aircond je tambah dengan aku yang kuat rasa panas bahang dan berpeluh ni.
haaa so memang tak dapat lah nak laksanakan niat tersebut. hihi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
okaylah ,bye blogg
thanks korang yang membaca.
dah , henti stalk .
cerita dah habiss dah . takdak cerita lain dah . hihihi .
tata ~!
Assalammualaikum ~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
edit










No comments:
Post a Comment