The Story Begins With Capital M

 photo header_zpsf5wtazqp.jpg

Assalammualaikum
♥Siti Maisarah♥Masumi Lizuka♥
Negeri Sembilan
Twitter : @maisarah_016
Instagram : @maisarah_016
Tumblr : masumilizukasahaja.tumblr.com


Photobucket

Maaf , Anda kini berada di Zon penuh dengan warna Hitam. haha.

Goodbye 2014 . Hello 2015 .

Thursday, January 01, 2015

Posted by Masumi Lizuka :)
Assalammualaikum

Mood : pandang kanan , ada Ray dan Baby . hahahaha !
Current Songs : DJ Is Mine - Wonder Girls 

Hye . Kembali sebentar berblog . hoho.
Post kali ini , aku malas nak uplod mana2 gambar.
and dapat idea pun sebab si Azwa duk komen kat moment aku smlm pasal update blog.
so malam ni , aku cadang utk update. 

Malas nak bercakap apa . 

Sebab ramai heboh tentang New Year . 
blablablabla.

bagi aku lah .
new year apa ni , takperlu pun sambut . 
semuanya sama je bagi aku.
yang bezanya ,adalah angka di bahagian 'tahun' . itu sahaja.

Setiap tahun ,
konon kata 
"Tahun baru . Azam baru"

sometmes, azam yang diperkatakan tu.
hangat-hangat tahi ayam gitu .
entah buat atau tidak.
kalau buat pun, mesti masa awal2 je semangat.
lama2 . 
ke laut lah jawabnya.

bukan nak perlekehkan.
tapi memang itu fakta lagi auta .
lagi2 manusia biasa macam kita ni . hahahaha.

TAPI.

Kalau yang memang ada berazam gila2 kaw2 tu.
ALHAMDULILLAH.
Azam ke arah kebaikkan . 
adalah lagi baik , bagus.
kalau berazam untuk benda yang sia2 dan lebihkan kepada duniawi.
ermmm , entah . 

Ada akal fikiran yang sempurna.
masing2 boleh fikirkan sendiri lah yer ?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekarang , aku hanya nak share .
apa yang aku pelajari .
apa yang aku lalui.
apa yang aku teladani .
apa yang aku experience .

sepanjang aku hidup di muka bumi ini pada tahun 2014 

Aku akan mulakan semuanya daripada Januari sehingga lah Disember.
InsyaAllah . kalau aku ingat.

Tapi , aku tiadalah niat untuk berkata macam2 .

aku sekadar mengeluarkan pendapat aku sendiri .
dan aku sekadar ingin berkongsi .
 
 


1.Pelajar Tingkatan 5.

Masa awal2 tu . 
Memang banyak sangat perkara aku malas nak belajar. 
aku tahulah kenapa . hahaha.
Memang masa trial , masa pertengahan tahun . rasa down gilaaaaa.
aku tak paham satu hapakk !
tapi , masa dah nak SPM .
Alhamdulillah .
Sedikit demi sedikit, dah dapat tangkap semua ilmu.
tapi sleckkkkkkk masa exam lahh.
Seminggu sebelum SPM diorang pergi ubah format soalan.
Habis masuk KBAT kat semua .
perghhh nyirapp je rasa .
Addmath takyah cakap lah.
jujur aku cakap.
dalam dewan aku nangisss kot.
dahlah meja depan sekali . betul2 depan ketua pengawas . hahahaha.
nasib laaaa xD 
susah sangatt.
balik rumah apatah lagi.
ngis gila kaw2. 
mencarut apa semua. hahahaha
*jangan contohi saya*

Jadi form 5 ni pun.
syiok gakk. hahahaha
ramai respectt dowhh.
hahahaha . asyik2 junior bagi salam "Assalammualaikum kak"
Kadang2 aku dgn kawan2 aku lalu . diorang tunduk tanda hormat.
Alhamdulillah . hehehe .

TAPI
paling macam sedehnya.
Umur 17 tahun . tapi sesetengah cikgu dan pelajar fikir aku budak lower form.
aku dgn beberapa rakan aku yang ketinggian agak tak tinggi tu.
selalu sangat jadi mangsa.
ada pernah suatu hari , sorang budak junior tegur apa tah .
aku tak ingat. yang pasti dia panggil aku 'Dik'.
I was likeeee
"dudeeee, cek umur 17 tahunn laaa hahahaha"
yeye,tahu .
umur je 17 tahun . 
perangai tak rupa 17 tahun pun. hahahahahahahahaahahahahahahaha !!!!







2. Cari gado.

Hahahahahahahahhaha.
ini salah satu sifat tak matang aku . wakakakaka.
Tak payah cakap lah.
aku memang senanye kuat gado juga :p 
tapi . . . 
malas nak tunjukkan . 
aku style yang malas nak gado mulut2 , cakap belakang apa bagai .
Masa awal2 jelaaa aku kuat cakap belakang.
bila dah kemuncak or tak tahan sangat.
aku akan mula bertindak dengan bersikap jujur terhadap seseorang tu.
peduli apa aku .
Jujur and cakap depan2 kan lagi baik.
daripada hati terus jadi gelap dan hitam sbb berdendam dengan orang lain .
Sekurang2nya, lepas kita dah luahkan tu , kita akan rasa lega.
semua 'beban perasaan' kita akan hilang sekelip mata. 
ulang suara.
Sekelip mata .
Bila fikir2 balik.
Allah, jahatnya aku duluuuu .
Mohon maaf yer kepada semua insan yang telah banyak aku sakiti
sama ada dalam diam atau secara terang-terangan . 

:') 










3. Emosi

hahahahahahahahaha.
takpayah cakaplah.
Siapa kenalan aku yang rapat dengan aku.
akan tahu sifat aku macam mana lah kannn .
haiz.
Sepanjang tahun 2014 ni .
kemain emosional gilaaaa aku .
Kalau emosional sebab benda baik takperlah.
ni emosional sebab benda tah pape.hahahahahahahahahahahahaha stupid ! (-_-)
Baiklah. secara jujurnya.
sepanjang 2014 ni.
aku telah membazirkan air mata aku . 
terlalu banyak .
TERLALU BANYAK.
sebab perkara2 yang ermmm sengal ? yang tah pape.
okay , straight .
sebab seseorang .....
wuuuuuuuuuu kemains ayat. hahaha.
entahlah . apahal tah sensitif sangat tahun ni . haizz.
tapi itu masa awal tahun dan pertengahan tahun laa.
 start bulan 10 , Alhamdulillah . 
Makin kurang menangis sebab benda bodoh2 begitu .

Memang kesiann sangat kat kawan2 aku .
Amirah , Azwa , Mimi , Mirol .
aduhhhhh . kesian diorang terpaksa layan karenah aku . 
dahlah terlalu ikut emosi . hahaha.
nasib lah korang dapat kawan mcam aku ni :p
 apa2 pun , Alhamdulillah , 'sakit2' di awal . 
kebahagiaan walaupun sementara, tetap menjadi milik setiap insan 












4. buang perasaan.

Tipulah kalau remaja macam aku ni .
tak mempunyai perasaan suka or minat kan ?
lagi2 zaman sekarang. 
perghhh dugaan besar weh .

sepanjang hidup aku 17 tahun ni 
Firstime aku simpan perasaan terhadap seseorang.
setelah beberapa tahun .
sampailah sekarang.
diamm je . 
takmahu lah aku jujur2 ni .
couple2 bagai . dudeee . cukuplah aku pernah couple sekali je sepanjang alam persekolahan aku.hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha *budak baru nak up masa tu hahaha !*

Okay . aku bukanlah nak heboh cerita pasal aku suka siapa ke crush ke apa ni.
tak . 

cuma aku nak share.
sepanjang aku menyimpan dan pendam perasaan suka aku pada seseorang itu.
banyak benda aku belajar.

Antaranya.

Janganlah terlalu berharap terhadap seseorang itu . 
Sriyes jangan . Lagi kau berharap. lagi kau sakit.Hahaha . 
tak tak .. aku takdeklah berharap pun kat manusia tu .
tapi hampirrrrrr berharap lah . hahaha.

Seterusnya, takpayahlah layankan perasaan tu sangat.
ye . aku mengaku . aku memang jenis perempuan yang terlalu emosi dan ikutkan perasaan sangat.
tapi orang macam aku ni lah kadang2 membawa kesedaran kepada diri sendiri dan juga orang lain . 
Perasaan suka sayang tu , kejap timbul . kejap hilang . pastuh timbul balik . then hilang balik .
so , better jangan layan sangat perasaan tu .
 Layan sikit2 sudah lah.

jangan lah sampai membawa kepada kemurkaan Allah.
jangan lah sampai kita lupa dan lalai daripada mengingati Allah.
Sedangkan , Siapakah yang mengkurniakan perasaan Indah tersebut ?
Tak lain tak bukan , Pencipta kita bukan ?
Allahu .
Bercinta, biarlah berpada2 .
Tapi adalah eloknya.
janganlah bercinta sekarang.

aku cakap , bukan sebab aku dah besar.
orang2 tua , cikgu2 , ustazah2 ustaz makcik2 pakcik2 jiran2 pun selalu cakap kan ?
"fokus pada pelajaran , toksah sebuk bercinta sakan"
yerrr , kadang2 rasa sakit hati juga mendengarnya
tapi memang ada betulnya.
janganlah sebuk2 terhegeh2 nak bercinta sakan apa bagai.
sriyes tolong.
Lagi2 kaum wanita . 
jangan gadaikan maruah anda dan masa anda dengan perkara2 tak berfaedah seperti itu.
bila2 masa je Allah boleh tarik apa yang kita ada sekarang.
apa yang kita sayang.
apa yang kita takmahu lepaskan.

nanti , "Menangis tak berlagu ~~~ woooooo~~" hahahahaha.


Pengalaman aku memendam perasaan suka tu sehingga lah SEKARANG .
kadang2 ada rasa cemburu.
kadang2 ada rasa menyampah.
kadang2 ada rasa macam "wehh kenapaa ! kenapa !!!" hahahaha . 
Kadang2 ada rasa rindu .
haaaaaa....

yang paling penting .
kadang2 
"Kenapalah aku sengal sangat . tunggu seseorang yang kemain lama ni ? Alaaa,  dia bukannya tahu pun kan . dia bukannya nak amik tahu pun. dia bukannya kesah . kalau dia tahu . konfem dia bla chaw . hurmm , takperlah . aku 'buang' ajalah 'kau' dari hati aku ni"

ada pernah masa awal tahun kot.
aku malas dah masa tu .
aku siap berdoa lagi.

"Ya Allah. kalau dalam hati dia , masih ada diri aku . maka kau tabahkanlah hati ini. Tapi , kalau dalam hati dia, tiada diri aku . Maka , kau padamkanlah perasaan sayang ini . Buanglah ia sejauh-jauh yang mungkin . Sesungguhnya perasaan ini telah banyak membawa aku ke perkara yang sia-sia"

Yup . sampai tahap itu lagi . hahaha.
Then apa lagi ?
TAK RASA APA DA . TAK KESAH APA2 DAHHH.
TAK RASA CEMBURU APA BAGAI DAH.
hebat tak kuasa Allah ? hahahahaha.
itulah gunanya DOA . 
Penghubung antara kita dengan Pencipta :)
 

Setiap kali aku cakap aku nak 'buang' tu kan.
memang sungguh , hati ini rasa .... hurmm entahlah. taktahu nak cakap apa.
Tahap ke-redhaan tu memang terlalu tinggi.
tu yang tak rasa pape dah tu . 

tapi , part paling nyirap sikit.
setelah kita 'buang' dia tu . time tu lah dia nak 'muncul' balik dalam hidup kita.
hahahaha.
aku bengang jugak . haha.
kadang2 aku bercakap juga dengan diri sendiri
"Aduhh , spoil . kenapa laaa kau semak datang dalam kehidupan aku semula ? " haha
tapi apakandaya.
Rancangan Allah . Allah dah takdirkan segalanya2.
aku terima seadanya . 
memang lah rasa awkward masa mula2.
tapi lama2. rasa macam biasa. 
 ALhamdulillah . 
"Letakkan Allah ranking nombor satu dalam hati"
Prinsip aku . hahahaha









5. Don't judge a book by its cover.

Ayat biasa yang selalu kita2 sebutkan . kita2 dengarkan.
secara ringkas.
zaman sekarang
takpayah lah terlalu percayakan luaran .
cantik ke, comel ke, cun ke , kacak , hensem , segak ke apa ke.
takpayah percaya sangat.
kadang2 luaran itu tidak menggambarkan sifat dalaman seseorang itu pun.

Kenapa aku bercakap sedemikian ?
sebab baru2 ni , aku terpaksa menghadap sifat seorang manusia ni .
bukanlah nak kutuk orang tu ke apa.
tapi memang terjadi.

Aku kadang2 memang berfikiran positif terhadap semua orang.
yelah , kita tak kenal seseorang itu lagi .buat apa kita nak cakap tentang keburukan orang tu rite ?
better fikir yang baik2 aja tentang seseorang tu.
daripada duk fikir yang bukan2 , yang dapat menghitamkan hati ini . hahaha
okay . aku pun fikirlah yang baik2 tentang seorang manusia ni.

sekali , kiteorang berdua ada konflik sikit .
so , macam ada gaduh2 sikit di situ.
bukan gaduh apa.
just macam , benci membenci . itu aja.
aku tak kesah pun manusia tu nak benci aku . 
memang aku tak kesah.
tapi yang aku kesah , .
bila dia buat aku kecewa.
dude,  i'm not talking about love or boy.
i'm talking about girls . 

bayangkanlah . 
masa awal2 . aku fikir baik2 je dengan dia.
aku sabar je dengan dia.
marah2 aku dekat dia. aku diam.
benci2 menyampah2 aku dekat dia. aku diam je.
sebab aku xnak salahkan dia.
sebab aku benci , atas perkara yang bukan berpunca dari dia.
so , one day  . aku decide untuk berterus terang dengan dia.
aku cakap jujur dengan dia. luahkan semua.
macam yang aku cakap kat atas tadi la.
aku xsuka simpan dendam lama2.
aku suka terus terang.

okay after that day happend.
aku mula2 rasa menyesal sangat sebab p berterus terang.
tak pasal2. aku hilang apa sesuatu yang berharga (berharga lah sangat sebenarnya)
memang masa awal2 tu .
perit gilaa weh hati.
nangis 24 jam . terlalu sedeh.
sebenarnya . ada dua sebab kenapa aku menangis teruk2 masa tu.


first , sebab aku kecewa dengan dia.
yelah , aku sangkakan dia macam2. sedaya upaya aku fikir yang baik2 tntang dia.
aleh2 , aku baru 'cuit' sikit . dia dah 'menganjing' macam2. pergh.
kecewa wehh . walaupun bukanlah sahabat rapat . 
sekadar kenalan begitu aja.
kecewa. aku sangat kecewa . 
secara direct.
aku paling xsuka dengan manusia jenis yang lebih utamakan kan dan memilih PERCINTAAN , dengan kata lain , pasangan kesayangan . berbanding Persahabatan.
aku xsuka sangat.
aku memang sensitif sikit bab2 kawan ni.
walaupun bukanlah kawan rapat ke apa. hahaha

Kedua aku nangis teruk2.
sebab , perkara yang KONONNYA aku fikir akan meninggalkan aku SELAMANYA , pergi begitu aja. 
 *eleh , aleh2 , datang kembali tanpa aku 'seru' . lehhhhhhh ~

Malas nak cerita panjang.
kecewa dengan sikap manusia sedemikian.
tapi takper lah .
mungkin dia baru firstime nak merasa alam percintaan
memang tak heranlah kan
takperlah . perkara yang macam ni , boleh mematangkan kita suatu hari nanti . hahahaha.
kelakar lah.
orang benci kita. sebab lelaki.
suka hati lah~ aku dah freee yang pasti.
aku dah takdek perasaan benci ke apa ke dah.
sakitlah hati tu sorang2 yer ? :p *kejam hahahahahahaha







6. Sahabat.

Alhamdulillah.
tahun akhir persekolahan ni lah . 
aku kenal erti persahabatan yang sebenar.
aku dapat tahu dan kenal pasti , manakah benar2 sahabat aku.
Yang ada di samping aku ketika aku susah mahupun senang. 
Alhamdulillah.
Allah berikan aku ujian yang kuat masa aku form 4.
di maki oleh seorang cikgu di khalayak ramai.
Boleh dikatakan sebenarnya aku di fitnah .
hurmmm . takperlah.
Dari situlah aku jumpa kawan yang hipokrit .
dari situlah aku jumpa kawan yang tikam belakang kawan secara tersembunyi.
dari situlah aku jumpa kawan yang pandai berlakon.

Hati2 semua.
Tak semua orang kita boleh percaya  .










7. manusia akan berubah.
 
Setiap manusia , akan berubah sikap.
antara ke arah kebaikkan.
ataupun
ke arah keburukkan  
dan akan bertambah satu masalah lagi.
iaitu .
sama ada orang sekelilingnya akan Terima perubahan nya atau tidak.
itu sahaja. 











8.Semua perkara yang terjadi ada hikmah .

Melalui pengalaman aku yang tak bape nak pengalaman ni.

Adalah lebih baik kita meninggalkan seseorang yang kita inginkan (Sayang).
Walau perit mana pun terpaksa kita tahan . rasa sakit hati , cemburu apa bagai .
Tolaklah perasaan sayang cinta itu sebaik yang mungkin .
Kerana perasaan yang berlebihan itu juga akan memudaratkan diri sendiri . 
Alhamdulillah . Itu sahajalah aku ampuungkapkan .
Tak sia2 au buang dan pendam beracam2 perasaan ,
Aleh2, Allah berikan aku kebahagiaan . 
kebahagiaan yang lansung aku tak jangkakan . 
Allahu . Setiap insan yang bersabar itu , Allah berikan ganjaran .
Allahu ~

kebahagiaan yang bersifat sementara itu kini menjadi milik aku ,
It really sad that I don't get what I want.
But Allah replace all the sadness with things that I need . 

Yakinlah dengan Allah.







9. Ikut kata hati .

*kalau tak faham .takperlah. sebab point yang ni memang sukar untuk diterangkan dan digambarkan*

Jujurlah aku cakap.
Tahun ni , aku taktahulah kenapa.
Aku banyak habiskan duit dengan beli itu beli ini.
Kadang2 barang yang aku inginkan tu ..
Aku lebeh prefer beri kepada orang lain.
Huhuhuhu . Bukan nak menunjuk.
tapi memang sepanjang tahun 2014 ni.
aku banyak 'memberi' .
Bukan setakat orang yang dekat2 dengan aku.
Orang yang tak rapat dengan aku pun aku beri.
Orang yang aku benci pada awalnya , pun aku beri.

"Terima kasih . tapi kenapa yer beri ?"

Soalan yang sama sering dilontarkan . 
Aku masih tiada jawapannya sehingga sekarang.
Bagaimana aku ingin ebrikan jawapan ?
Sedangkan semua itu , Allah yang tetapkan.
Aku yakin , Allah telah 'petik' kan perasaan Ingin memberi ini dalam hati ini.
Secara TIBA2 memang aku akan terniat untuk memberi.
Allahu . 
Aku tidak berniat apa2.
Tapi itu apa yang aku rasa sebenar2nya . 
Sebab selalu bila perasaan Tiba2 tu muncul.
yang mana tak pernah terlintas difkiran aku selama ini.
Aku yakin Allah yang memberinya.

So far . Alhamdulillah.
Daripada bermusuhan , akhirnya berkawan .
Daripada tidak rapat, akhirnya hubungan semakin rapat.

Allahu .
Jelas terang lagi nyata .
Ganjaran Allah.
Tak semestinya dalam bentuk duit .
Banyak Rezeki Allah balas balik.
Antara di dunia.
mahupun di akhirat.
Allah .
Alhamdulillah . 






10. seseorang

hahahahahahahahah point sakai.
Ringkas .
tak semestinya dah pernah gaduh besar bertahun-tahun pun kita tak boleh nak berbaik rite?
walaupun memang 24jam menyakitkan hati aku .
tapi sebab manusia ni sudah mengenali diri ini sekian lama.
kadang2, nasihat dia berguna juga. wakakakaka.

whatever.

i hate you. hahahah .setiap hari aku cakap (-_-)


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Itu sahajalah.
aku dah lama tak menaip sepanjang ini .
ahahahahaha . 
aku rasa memang tiada siapa yang rajin baca.
kot.....
kalau ada.
tahniah lahyer.. hehehe .

Sekali lagi.
Mohon maaf . 
post kali ni hanya sekadar ingin berkongsi sahaja.
mengikut pengalaman aku dan pendapat aku . hohohoho .



Tahun yang mencabar akan bermula .
Budak habis sekolah lah katakan.
lagi budak mcm aku ni haa.
jenis yang terperap kat rumah je keje.
adoiii.
harap semua dipermudahkan olehNya .


Bak kata pepatah seorang sahabat
"happy2 lah selalu"

InsyaAllah. 




Sekian.
Yang penat menaip sambil perhatikan Ray dari jauh hahaha.

Assalammualaikum.


edit

No comments:

Post a Comment

Older Post Newer Post
Powered by Blogger.

Kenangan Lama2 ~

Bitarawks 2012

Taman Negara 2012

Asia Supershowcase

Jamuan Raya SMKBS 2012

End of PMR !

Raya 2012

Raya with Bitarawks 2012

Raya sakan dgn Mereka 2012

Khatam Al-Quran SMKBS 2012

Hari Sukan SMKBS 2012

Birthday Ckgu Aminah

KENANGAN :/


Merantau (Keje kursus SJ)

Firstime Suho..


Raya Sakan 2014

My VIP :)

Abah ♥ Ibu
→Siblings←


Safa Iqmah
Amirah AMIN
Azwa Syafiqah
Syafreen Nasir

♥Friends ♥

Syamimi Adlin
Najwa Fariha
Amirul Mozlan
Fildza Mahfoz
Najjah Sofiea
Hidayah Haridz
Kak Devi
Haira Azura
Iza Nadirah
U'kashah
Arshad

♥ BitaRawks ♥
♥HS5 Crew♥
♥BiotekMember♥


Tarikh Penting Buatku

2010
7/4/2010

2011
4/8/2011
12/9/2011
13/9/2011
14/9/2011
9/10/2011

2012
28/1/2012
4/4/2012
7/4/2012
28/4/2012
April, May , June 2012.
♥ 28/6/2012 ♥
♥1/7/2012♥
31/8/2012
1/9/2012
9/10/2012 - 15/10/2012
♥2/11/2012 - 5/11/2012 ♥ (Taman Negara)
21/11/2012
1/12/2012 - 3/12/2012
7/12/2012 (50sen)
8/12/2012
9/12/2012 (*tekak*)
11/12/2012
19/12/2012

2013
13/1/2013
18/1/2013 (Safa T_T)
1/2/2013 (2minggu xcntact)
11/4/2013 (kawad2)
17/4/2013 (maksud lawak! IB2)
21/4/2013 (^_^) baiknya dia
24/5/2013 (Umrah 2013 :'))
23/8/2013 (seminggu dua hari . open house Nad. tak sangka .)

2014
26/2/2014 (Baby Snowy)
14/5/2014 (suprise Ckgu F .spepat.keychain senapang)
19/5/2014 (spepat.surat raja)
30/6/2014 (last ustaz)
24/7/2014 (Ray dapat cucu)
♥ 17/10/2014 ♥ (Unexpected birthday suprise @ rumah)

♥Allah S.W.T♥


Photobucket
Photobucket

Post lama-lama

  • ►  2010 (68)
    • ►  June (28)
    • ►  July (5)
    • ►  August (15)
    • ►  September (4)
    • ►  October (4)
    • ►  November (6)
    • ►  December (6)
  • ►  2011 (133)
    • ►  January (8)
    • ►  February (7)
    • ►  March (8)
    • ►  April (7)
    • ►  May (5)
    • ►  June (8)
    • ►  July (8)
    • ►  August (4)
    • ►  September (15)
    • ►  October (24)
    • ►  November (25)
    • ►  December (14)
  • ►  2012 (73)
    • ►  January (5)
    • ►  February (8)
    • ►  March (8)
    • ►  April (7)
    • ►  May (13)
    • ►  June (3)
    • ►  August (12)
    • ►  September (3)
    • ►  October (7)
    • ►  November (4)
    • ►  December (3)
  • ►  2013 (10)
    • ►  January (2)
    • ►  February (2)
    • ►  May (1)
    • ►  July (1)
    • ►  September (2)
    • ►  October (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2014 (6)
    • ►  March (1)
    • ►  May (1)
    • ►  August (1)
    • ►  September (1)
    • ►  December (2)
  • ▼  2015 (2)
    • ▼  January (2)
      • Goodbye 2014 . Hello 2015 .
      • Pergilah engkau .
  • ►  2016 (2)
    • ►  June (2)
Photosheet Template by 1/2 a px. · 2015 · © Content The Story Begins With Capital M