Copy & Paste - Sharing is caring ? Huh ?
Saturday, September 24, 2011
p/s ; Tajuk entry tadek kene ngena pun dengan post .
Taktahu nak kasi tajuk apa ~
Layanz ~
Bismillah ~
10 perkara yg membuat wanita benci lelaki
1. Panas baran
Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.
Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.
Perbuatan
lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah
wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air
mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup
dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.
2. Mengongkong
Segala
gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman
pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut
segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula
sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka.
Mulalah dituduh psiko dan queen control.
3. Ego
Ini
adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku
pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah
hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon
kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana
terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada
mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah
kena pada tempatnya.
4. Suka “cuci mata”
Kebanyakan
lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun
sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin
memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala,
sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.
5. Main kayu tiga
Ini
adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda
dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat
perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi mesra’. Ada juga
yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.
6. Tidak sensitif perasaan wanita
Lelaki
kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian
kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita.
Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan
kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat.
Sebenarnya,
wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar
teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain,
lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.
7. Pentingkan kawan-kawan
Sanggup
membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau
diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu
mementingkan kawan-kawan dalam segala hal.
Kalau
ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka
yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai
bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika
mereka lebih dihargai.
8. Tidak tahu menghargai
Sukar
untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan
kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun
menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan
menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau
sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya.
Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita
terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah
kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba
berbuat sesuatu untuk anda.
9. Meninggikan suara
Tahulah
mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tetapi kalau nak meninggikan
suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki
kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak
bersalah.
10. Penipu
Masalah
yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang
tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai
alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal
sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang
sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih
ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.
sumber:http://sentuhankasihsuci.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ops ! Ape celop nih ? tiba2 pasal cinta2 nih .Alaa , saje je . wkwkwkwkw.
Masa duk rajin blogwalking . Tiba2 terjumpa satu post tentang Perkara yang membuatkan wanita benci akan kaum lelaki .
Bila akuh baca . Ohmaisarah ~ Memang betul pun segala perkara2 tuh !
SO kalau lelaki di luar sana .. korang jangan nak salahkan perempuan yer kalau perempuan tuh tinggalkan korang ke , meluat tengok muka korang ke apa semua tuh okay ?
Akuh share nih pun sebab 'kebanyakkan' lelaki2 di sekeliling kuh (orang2 yang ku kenali) berperangai seperti di atas . Tapi tak lah kesemua yang tersenarai . Contoh macam Ego ke apa ke ? Tuh ajalah . Hahaha .
*Kalau ade orang tuh terasa , maaflah yer .....[>_<]*
Lagipun , ade salah satu dua tiga daripada senarai dekat atas ..
Akuh pernah menjadi 'mangsa' LOL .
Tidak kesah lah dekat lelaki mana pun . Ades . Jangan pk macam2 sudeyh ~
Hishh , jangan pk macam2 boleyh tak ?
Kata pun akuh boring . Apa lagi ..buat ajalah post pasal benda2 macam nih . Amboi . Hahaha
Okay , back to the topic . Huahuahua . Eh , topic pasal apa nih ? Akuh saje je nak share2 ~ wakakaka .
Nah , usha benda nih pulak ~
30 Fakta tentang perempuan/wanita
1.Bila
seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2.Bila
dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik
kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur
dengan ucapan maaf.
3.Wanita susah untuk mencari sesuatu
yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak
wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).
4.Jika
seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan
sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan
lelaki lain.
5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
7.Jika
kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak
cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu
semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah
membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
8.Jika
seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak
cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap
dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.
9.Wanita
suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan
adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.
11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12.Bila
pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif,
misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh
tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan
berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua
kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.
13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.
15.Jika
seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.
16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.
19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.
20.Bila
setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita
ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah
dirinya sendiri.
21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di
pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di
tempat yang teristimewa di hatinya!!
22.Satu ucapan 'Hai' saja sudah cukup menceriakan harinya.
23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.
27.Senjata wanita adalah airmata!!
28.Wanita
suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya
(hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan
merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak
akan ragu-ragu terhadapmu.
29.Wanita mudah jatuh hati
pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So,
kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.
30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wakakakaka . Akuh rasa dah nak naek tiga kali kot akuh share benda alah nih dekat blog akuh .
Alaaa , saje nak remind kan balik . Waktu bulan bila tah , akuh ada copy benda nih and paste dekat Note Facebook akuh . Hahaha . Tapi tuh dah lama lah . Hahaha ~
Sampai harituh Azwa dia bagitahu akuh yang dia pergi print benda nih dari pofile akuh . AMBOI . ngeee :D
See , okay bulan Ogos . WHAT ? Tengok tarikh tuh ! (=_=")
*okay , nanty akuh terangkan CKIT kenapa dengan tarikh tuh .*
Haaaa , click kalau korang masih rabun . Hahaha .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Okay cerita pasal bulan Ogos tuh .
Erm .... tadek pape pun :p wakakakaka.
Senanye , baru je tadi akuh usha balik note tuh then akuh crop segala bagai .
BARU AKUH PERASAN .
Akuh buat benda tuh masa 21 Ogos 2011 .
Ades ~
Hari tuh akuh ada tules status tau .
Okay , jap , nak Older Post balik . Hahaha
Ha nah ~ wakakaka .
Apa yang sebulan nye tuh yer ? Hahaha .
Adelah xD
Okay , akuh kasi clue lah yer .
Clue nye adelah tentang 21 Ogos 2011 tadi tuh laa . wakakaka.
Apa yang terjadi ? tadek terjadi pape pun .
Cuma sebulan tak ehem ehem dengan ehem ehem ehem . Amboi , apekah ituh ?
Bak kata pepatah Safa "Tapi dalam masa sebulan yang kau tak 'sedari' tuh , kau dapat macam2 jugak . macam *tuuuut* , *tuuuttt* " Hahaha .
Amboi . wakakak . Shhh , hal inih hanya diri nih saja yang tahu . Ehh , Safa dan Amirah juga :D
Memang lah dapat macam2 tuh .
Tapi tuh tak dikira dalam tempoh sebulan tuh . Wakakaka .
Tak apa tak apa :D
Baru sebulan bape hari entah .. Dah nak dua bulan akuh 'berkawan' dengan Encik T . Wakakaka .
*Jangan tanya siapa Encik T . Yang patut korang tahu , akuh hanyalah me-reka sahaja *
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cerita terbaru tentang kehidupan akuh adelah .
Kini akuh dah dapat nak 'mengawal' dengan sebaik mungkin .
Sebab sekarang akuh rasa yang akuh ade dekat situasi DULU .
So , macam biasa aja lah kot akuh rasa ?
Eh , tapi situasi DULU lagi teruk lah dari SEKARANG .
Wakakakakaka xD
Kalau korang paham , buat2 tak paham .
Kalau korang tak paham , buat2 korang paham .
Ades . Hahaha .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Okay , mungkin sampai di sini ajalah .
Akuh dah taktahu nak cerita apa lagi dah .
Dan yang pasal akuh copy paste semua tuh .
Akuh memang suka sangat baca bnda2 yang macam tuh .
Tak semestinya tentang perempuan atau tentang lelaki .
Tentang Agama pun akuh suka .
:)
So , please DON'T think negative to me okay ?
Tenkiu ~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalammualaikum .
Bye :)
Nite :)
edit



No comments:
Post a Comment